NALI2021
Kejayaan penyusuan susu ibu memerlukan ekosistem lestari merangkumi ibu dan bayi, bantuan professional dan platform digital. BCNP ditubuhkan untuk mempromosi, menyokong dan melindungi amalan penyusuan susu ibu melalui tiga pendekatan iaitu pembelajaran teradun untuk melatih aktivis penyusuan, pemindahan ilmu dan kemahiran penyusuan kepada ibu dan pengaplikasian ilmu oleh ibu kepada bayi. BCNP unik kerana memberikan solusi digital selain bersemuka, tambahan pula bantuan adalah pantas dan efisien. BCNP memberikan impak secara langsung terhadap peningkatan ilmu dan kemahiran agar maklumat disampaikan dengan tepat, lengkap dan meyakinkan. Berdasarkan Kajian Post Intervensi yang dijalankan ke atas 58 orang aktivis penyusuan menyatakan berpuas hati dengan peluang dan bayaran memberi bimbingan kepada pelanggan serta peningkatan ilmu. Manakala kajian retrospektif terhadap 72 orang pelanggan BCNP menyatakan mereka mendapatkan bantuan yang pantas dan meningkatkan keyakinan untuk menyusukan bayi mereka. Kajian ini membuktikan bahawa BCNP berjaya menyediakan solusi digital lestari untuk menyokong dan menjayakan penyusuan susu ibu.

