Kekerapan sesi penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi iaitu konsep lebih banyak permintaan lebih banyak penghasilan, posisi pegangan bayi yang selesa dan pelekapan yang berkesan semasa penyusuan adalah penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu kerana mempunyai banyak kebaikan kepada bayi dan ibu. Antaranya, pada awal kelahiran, bayi mendapat kolostrum yang kaya dengan antibodi untuk melindungi bayi daripada penyakit, bayi kurang mengalami masalah jaundis dan sebagainya. Ibu pula kurang mengalami masalah duktus tersumbat, ibu dapat menyusukan bayi dalam tempoh yang lebih lama iaitu penyusuan eksklusif 6 bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Risiko mendapat mastitis, breast abscess, rusty pipe syndrom dan sebagainya dapat dielakkan. Ibu perlu menyusukan bayi pada kedua-dua belah payudara untuk memastikan penghasilan susu yang optimum serta bayi mendapat kedua-dua foremilk dan juga hindmilk (mempunyai kandungan lemak lebih tinggi untuk memberikan kalori yang cukup).
Read More