Anatomi Payudara

Payudara diperbuat daripada beberapa struktur dan fungsi yang berlainan. Kelenjar susu adalah bahagian utama dan tisu terpenting dalam payudara, memandangkan ia tempat dimana susu dihasilkan (mammogenesis). Mammogenesis adalah proses pertumbuhan dan pembesaran kelenjar susu untuk penghasilan susu, selalunya selesai apabila penghamilan mencapai trimester ketiga. Seorang perempuan akan mengalami proses pembesaran tisu payudara dari kecil ke besar, pada masa baligh remaja apabila kelenjar susu mula terdedah kepada hormon estrogen. 

Kelenjar susu bertanggungjawab untuk penghasilan and penyimpan hormon seperti estrogen, progesteron dan prolaktin. Payudara juga mempunyai tisu untuk kepentingan lain yang bertanggungjawab dalam beberapa proses lain seperti saluran Lymphatic (sejenis tisu yang bertindak untuk melawan jangkitan), gentian otot, sel lemak dan saluran darah. Semua komponen ini berkerjasama untuk membuat satu gambaran struktur sebuah payudara. Tisu payudara di dalam payudara terdiri daripada kelenjar susu, tisu penghubung, tisu kelenjar seperti lobula, alveoli atau saluran susu, dan otot.  

Payudara berasal atau bermula dari tunas tisu yang membesar kepada saiz 1 atau 2 buah biji anggur, ketulan ini yang dipanggil tunas payudara, berada di bahagian atas dada, berhampiran dengan keletiak, dan berada disana lebih kurang 6 bulan. Kelenjar tisu didalam payudara akan membesar dibawah ransangan hormone estrogen ketika baligh. Sel-sel payudara ini tumbuh di sekitar kelenjar saluran susu dengan fungsi berlainan termasuk penghasilan susu bila ada ransangan daripada hormon oksitosin. 

Tanggungjawab utama payudara ialah untuk penghasilan susu, tetapi ia juga mempunyai fungsi lain seperti membantu mengawal suhu bayi semasa penyusuan, melindungi daripada kecederaan, dan menyokong struktur lain di kawasan dada seperti tulang rusuk. 

Lobula didalam anatomi payudara adalah kecil, berbentuk seperti gugusan anggur, di mana susu dihasilkan dan disimpan. Saluran susu dalam payudara adalah tiub dimana susu mengalir daripada lobula ke puting susu. Fungsi areola di payudara adalah untuk melindungi and memberi kusyen semasa penyusuan. Puting susu adalah struktur luaran untuk bayi menyusu, ia juga adalah tempat dimana susu boleh dikeluarkan atau mengalirkan susu (leaking). Tuberkel Montgomery adalah kelenjar sebum berbentuk seperti titik-titik kecil yang timbul di sekitar areola. Kelenjar sebum ini menghasilkan minyak untuk melindungi puting daripada kuman masuk ke dalam saluran susu, dan juga untuk memberi kelembapan pada kawasan puting. Kajian menunjukkan bahawa dalam 30-50% wanita hamil sedar dengan pertumbuhan Tuberkel Montgomery ini. 

Susu ibu dihasilkan oleh tisu payudara, yang diperbuat daripada kelenjar susu. Struktur normal wanita dewasa mempunyai 15 hingga 20 lobus dari sebelah payudara (30-50 lobula) bersambung kepada saluran besar yang menghasilkan susu untuk bayi. Dalam lingkungan 12-15% lobula akan terlibat dalam penyusuan pada setiap satu masa, sementara yang lain berehat. 

Susu terhasil daripada kantung kecil yang dipanggil alveoli. Alveoli ini mengambil darah gula, protein dan lemak untuk ditukar kepada susu. Proses ini dicetuskan oleh hormon prolaktin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari. Hormon oksitosin pula merangsang sel disekitar alveoli untuk mengecut dan menolak susu ke dalam saluran susu. Penghantaran susu ke dalam saluran ini dipanggil refleks pelepasan atau “let down”. Oksitosin adalah hormon yang meransang pengecutan tisu mioepitelial di sekeliling alveoli dan menyebabkan refleks pelepasan, ia juga mengalakkan kelahiran, meransang penyusuan dan mengukuhkan ikatan naluri antara ibu dan bayi. 

Prolaktin adalah hormon yang memberi isyarat kepada sel payudara untuk menhasilkan susu semasa hamil & selepas kelahiran. Ia juga hormon yang mengawal ovari, memberi kesan terhadap kitaran haid, fungsi seksual dan kesuburan seorang wanita. 

Seorang ibu yang hamil akan membuat banyak prolaktin, tetapi kurang hormon oksitosin supaya payudara bermula membuat kolostrum sebelum kelahiran bayinya. Kolostrum ini mempunyai lebih banyak protein daripada mana-mana jenis susu ibu (haiwan), dan memberi lebih tenaga untuk janin yang sedang membesar. Ia juga membantu memberi antibodi dari ibu kepada bayi. Susu ibu mula dihasilkan dalam kelenjar semasa ibu mengandung 16 minggu keatas, oleh itu, walaupun bayi dilahirkan sebelum cukup bulan, ibu masih boleh memberi penyusuan yang bernutrisi tinggi dengan adanya kolostrum. 

Ibu yang telah melahirkan anak pun perlu menyusu kerap supaya bayi mendapatkan kolostrum and merangsang penghasilan susu. Susu ibu mengandungi 98% air dan zat makan utama (laktosa, protein dan lemak) yang menyediakan kalori yang cukup untuk pembesaran bayi serta mikronutrien lain yang lengjap. Ia juga mengandungi faktor imunisasi yang membantu mengelak jangkitan kepada bayi. 

Susu ibu adalah susu semulajadi pertama untuk bayi, memberi nutrisi yang secukupnya dan memberikan petlindungan imuniti kepada bayi. Ia berubah rasa, jumlah dan komposisi nutrien sepanjang penyusuan mengikut keperluan bayi pada setiap masa menyusu. Susu ibu juga mengandungi hormon, enzim, antibodi, vitamin dan mineral yang tidak boleh dijumpai di dalam susu formula atau susu lembu. Bahan-bahan dalam susu ibu ini membantu melindungi bayi daripada terdedah kepada penyakit semasa kehidupan awal mereka.