Archives Julai 2021

Bagaimana Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Kekerapan sesi penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi iaitu konsep lebih banyak permintaan lebih banyak penghasilan, posisi pegangan bayi yang selesa dan pelekapan yang berkesan semasa penyusuan adalah penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu kerana mempunyai banyak kebaikan kepada bayi dan ibu. Antaranya, pada awal kelahiran, bayi mendapat kolostrum yang kaya dengan antibodi untuk melindungi bayi daripada penyakit, bayi kurang mengalami masalah jaundis dan sebagainya. Ibu pula kurang mengalami masalah duktus tersumbat, ibu dapat menyusukan bayi dalam tempoh yang lebih lama iaitu penyusuan eksklusif 6 bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Risiko mendapat mastitis, breast abscess, rusty pipe syndrom dan sebagainya dapat dielakkan. Ibu perlu menyusukan bayi pada kedua-dua belah payudara untuk memastikan penghasilan susu yang optimum serta bayi mendapat kedua-dua foremilk dan juga hindmilk (mempunyai kandungan lemak lebih tinggi untuk memberikan kalori yang cukup)

Read More

Anatomi Payudara

Payudara diperbuat daripada beberapa struktur dan fungsi yang berlainan. Kelenjar susu adalah bahagian utama dan tisu terpenting dalam payudara, memandangkan ia tempat dimana susu dihasilkan (mammogenesis). Mammogenesis adalah proses pertumbuhan dan pembesaran kelenjar susu untuk penghasilan susu, selalunya selesai apabila penghamilan mencapai trimester ketiga. Seorang perempuan akan mengalami proses pembesaran tisu payudara dari kecil ke besar, pada masa baligh remaja apabila kelenjar susu mula terdedah kepada hormon estrogen. 

Read More

Persidangan Tahunan kali ke-4 :The Art & Science of Breastfeeding 2nd Webinar Teleconference 2021

TASBF2021

PENGENALAN

Webinar ini merupakan sebuah platform penyampaian maklumat yang berkaitan dengan penyusuan khususnya kepada pembimbing rakan sebaya, kaunselor penyusuan, perunding penyusuan dan profesional penjagaan kesihatan dengan lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan penyusuan.

Persidangan ini terpaksa diteruskan pada tahun ini secara atas talian sekali lagi memandangkan pandemik Covid19 masih belum reda pada 11-18 September 2021.

Read More

BCNP Updates Session – Mei 2021

Sesi tambahbaik ilmu penyusuan khas untuk Kaunselor diadakan pada Mei 2021.

Tajuk : Weaning Off From Breastfeeding
Penceramah : Puan Siti Mariam Ali – Senior Lactation Trainers (Breastfeeding Sifu), Deputy Chairman of Malaysian Lactation and Nutrition Association (PERLAKSANA), Head of Assistant Director Nutrition (MOH)

BCNP Updates Session – April 2021

Sesi tambahbaik ilmu penyusuan khas untuk Kaunselor diadakan pada April 2021.

Tajuk : Adakah Berpuasa Akan Menyebabkan Susu Kurang BerkhasiatPenceramah : Prof. Madya Dr Puteri Shafinaz – Pensyarah (UM), Ketua Makmal Unit Bioteknologi Perubatan, Timbalan Dekan (Kluster Penyelidikan Frontiers of Natural World)

BCNP Updates Session – Februari 2021

Sesi tambahbaik ilmu penyusuan khas untuk Kaunselor diadakan pada Februari 2021.

Tajuk : Vitamin D Deficiency and Breastfeeding
Penceramah : Dr Tan May Loong – MBBS (UM), MRCPCPH (Royal College of Paeditrics and Child Health, UK), Vice-Dean (Research), Senior Lecturer (RCSI & UCD Malaya Campus), Co-Director of Cochrane Malaysia)