Pengendalian Program BCNP

Berpusat di Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Adda, Program Jaringan Kaunselor Penyusuan Ibu (Breastfeeding Counselor Networking Programme-BCNP) diwujudkan dan dijalankan. 

Segala proses pengurusan kes dan permintaan, lawatan kaunselor berdekatan dengan secepat yang mungkin seperti petugas khas melalui talian telefon 07-3645398 dan internet / website di : http://www.permatasusuan.com

Melalui website di atas, ibu boleh meminta bantuan kaunseling melalui 3 cara iaitu lawatan kaunselor laktasi ke rumah (home visit), panggilan telefon menggunakan video, atau membuat temujanji ke klinik yang berhampiran yang ada dalam senarai BCNP. 

Seterusnya, bayaran khidmat kaunseling akan dibuat kepada pihak Pusat Rawatan Kanak – kanak Adda dan setiap kaunselor akan dibayar khidmat mereka pada setiap bulan tarikh pemberian gaji kepada kakitangan. Bayaran gaji kepada kaunselor, selain dapat meningkatkan semangat kaunselor untuk lebih aktif membantu ibu, pengetahuan dan bantuan yang diberikan akan lebih dihargai dan ibu akan berusaha mempraktikkan ilmu yang diberikan. Ini juga dapat membantu menaikkan taraf sosioekonomi kaunselor yang mungkin seorang surirumah tanpa gaji yang tetap apabila mereka bekerja sebagai kaunselor BCNP ini. Mereka boleh melakukan tugas membantu ibu mengikut kesesuaian masa sendiri dan gaji tersebut dapat menambah sedikit duit belanja buat mereka. 

Selain itu, BCNP sentiasa mengadakan seminar pendek, latihan dan kursus pendek dalam program ini dengan tujuan untuk mengembangkan ilmu penyusuan ibu di kalangan kaunselor supaya mereka semua memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat. 


Bayaran Kaunseling Penyusuan Susu Ibu 

1. Lawatan ke rumah  

Bayaran berbeza mengikut tahap sijil kaunselor, berapa jam kaunseling dilakukan, berapa jauh jarak ke rumah pelanggan serta atas budi bicara kaunselor.  

Lactation Consultant (IBCLC) : RM 100 – 120 

Lactation counselor : RM 60  – 80 

BF peer counselor : RM 50 – 70 

Jika melebihi 30 km radius pergi balik (caj RM 10 dikenakan) utk bayaran kos pengangkutan kaunselor.   

2. Bayaran kaunseling secara panggilan video, selama minimum satu jam juga akan dicaj mengikut tahap sijil kaunselor dan berapa lama masa untuk kaunseling.  

Lactation Consultant : RM 70  – 90 

Lactation Counselor : RM 50 – 70  

BF peer Counselor : RM 40 – 50