
Objektif, Misi & Visi BCNP
Objektif penubuhan BCNP
- Semua pelanggan iaitu para ibu yang menyusukan bayi akan mendapat perhatian dan bimbingan segera untuk mengatasi cabaran penyusuan susu ibu daripada pakar laktasi, kaunselor laktasi dan Pembimbing Rakan Penyusuan yang terlatih.
- Semua aktivis laktasi di bawah BCNP dan organisasi lain akan sentiasa diberikan penambahan ilmu penyusuan susu ibu da praktikal yang betul berdasarkan pengetahuan yang diperolehi melalui penganjuran seminar atau webinar, persidangan serta bengkel Latihan.
- Memartabatkan fungsi aktivis laktasi dengan pembayaran yang “standard” secara professional untuk perkhidmatan lawatan kaunseling ke rumah.
- Kesedaran mengenai pentingnya aktivis laktasi sebagai sistem sokongan supaya ibu dan bayi dapat menyusukan bayi sehingga berjaya dan perkhidmatan mereka akan lebih dihrgai oleh masyarakat.
Misi dan Visi BCNP
- Meningkatkan kadar penyusuan susu ibu secara eksklusif di Malaysia
- Memastikan penyusuan susu ibu menjadi norma / kebiasaan dalam amalana pemakanan yang “standard” bagi semua kanak-kanak sejak lahir sehingga 2 tahun atau lebih’
- Memastikan semua ibu mendapat bantuan segera untuk mengatasi masalah penyusuan mereka dengan mendapatkan perkhidmatan kaunseling lawatan ke rumah yang dilakukan oleh para aktivis laktasi yang terlatih (pakar laktasi IBCLC, kaunselor laktasi dan pembimbing rakan penyusuan susu ibu)
- Menghargai dan memberikan kesedaran kepada komuniti mengenai kehadiran dan fungsi aktivis laktasi dalam masyarakat.
- Menjaga kebajikan para aktivis laktasi dengan memberikan mereka elaun untuk perkhidmatan mereka yang juga merupakan motivasi bagi meneruskan perjuangan mereka dalam penyusuan susu ibu.