Mengapa BCNP?

Penyusuan susu ibu merupakan makanan yang terbaik kepada semua bayi bermula sejak mereka dilahirkan. Kebaikan penyusuan ibu bukan sahaja meningkatkan taraf kesihatan fizikal kanak-kanak malah ia merangkumi kesihatan mental dan spiritual. Justeru, BCNP memperjuangkan penyusuan ibu sebagai satu hak yang mutlak bagi semua bayi untuk memastikan mereka kekal sihat dan menjadi generasi masa hadapan yang kuat, cergas dan berdaya saing yang tinggi.

Ramai ibu dewasa ini yang sudah mempunyai kesedaran tentang pentingnya penyusuan ibu sepenuhnya sehingga 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan ibu sehingga 2 tahun atau lebih kepada anak mereka disamping makanan pelengkap yang seimbang. Bagi memastikan para ibu dan bayi dapat menjayakan penyusuan ibu secara eksklusif ini, maka sokongan daripada pelbagai pihak amat diperlukan. Ibu dan bayi amat memerlukan sokongan ahli keluarga, sahabat dan kakitangan kesihatan (kementerian kesihatan malaysia dan swasta).  

Namun, BCNP sangat memahami situasi ibu yang mengalami masalah untuk menjayakan penyusuan ini bermula daripada sejurus melahirkan bayi. Kegagalan menjayakan penyusuan susu ibu kerana kurang pengetahuan dan mudah terpengaruh dengan pelbagai mitos dalam masyarakat dan nasihat daripada kakitangan kesihatan yang kurang menyokong penyusuan ibu dan akhirnya tidak berjaya menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Selain itu, acapkali juga kes yang berlaku di mana informasi tentang penyelesaian masalah penyusuan susu ibu diperolehi daripada sumber yang tidak sahih atau hanya berdasarkan pengalaman individu daripada media sosial. Kegagalan ini selalu berlaku pada peringkat permulaan posnatal jika tiada bantuan dan sokongan segera daripada kaunselor laktasi.  

 

Rujukan :

Study concludes that in populations with a strong BF culture, lactation counseling, if well done, can have a substantial effect on EBF. This study suggests that the almost doubling in EBF rates attributed to the intervention like frequent home visit by well trained lactation counselors is likely to have major maternal and child health implications in Ghana.

Bridget A.Aidam et.al : Lactation Counseling Increases Exclusive Breast-Feeding Rates in Ghana, J. Nutrition, July 1, 2005, vol.135 no 7, p1691 – 1695

In Dhaka, Bangladesh, an EBF rate of 70% was reported among the intervention group at 5 mo compared with a 6% rate in controls after a total of 15 home-based counseling visits were made starting in late pregnancy. Haider R., Ashworth A., Kabir I., Hutty S. Effect of community-based peer counselors on exclusive breastfeeding practices in Dhaka, Bangladesh: a randomized controlled trial. Lancet. 2000;356 p1643-1647

Walaupun pihak kementerian kesihatan malaysia dan sebahagian kecil hospital swasta mempunyai ramai kaunselor bertauliah, malah bilangan rakan pembimbing ibu menyusu juga semakin bertambah, namun masih ramai ibu tidak mendapat bantuan segera semasa berpantang di rumah. Tidak ramai kaunselor atau rakan pembimbing ibu menyusu (peer counselor) yang sanggup membuat lawatan ke rumah untuk memberi bantuan atas pelbagai alasan seperti kekangan masa dan kewangan (kos perjalanan dan waktu bersama keluarga yang terpaksa dikorbankan). 

Kekurangan motivasi di kalangan kaunselor untuk memberi bantuan secara praktikal dan memilih untuk memberi bantuan melalui talian telefon atau media sosial selalunya tidak mebuahkan kejayaan kepada ibu dan bayi dalam penyusuan ibu. Selalunya, untuk menyelesaikan masalah penyusuan ibu memerlukan pertemuan fizikal antara kaunselor, ibu dan bayi yang bermasalah dan ahli keluarga terdekat juga. Kaunselor perlu memeriksa teknik pegangan, pelekapan, keadaan payudara ibu, dan keadaan bayi serta suasana sokongan dalam rumah. Tanpa melakukan pemeriksaan fizikal tersebut dan kaunseling hanya melalui talian telefon sebenarnya amat sukar untuk kaunselor mengenalpasti punca utama masalah yang dihadapi. Justeru, lawatan ke rumah oleh kaunselor amat diperlukan untuk memberikan penyelesaian yang lebih komprehensif.  

Namun, apabila lawatan ke rumah dilakukan, bayaran yang diberikan kepada kaunselor tidak seragam dan kadangkala dipandang serong oleh masyarakat seolah-olah kaunselor mencari rezeki / berniaga perkhidmatan lawatan ke rumah dan bukan ingin membantu ibu secara ikhlas. Stigma negatif yang ujud ini juga mengurangkan motivasi kaunselor untuk membuat lawatan ke rumah bagi membantu ibu yang mempunyai masalah dalam penyusuan. Para kaunselor berasa ragu-ragu untuk meminta bayaran yang setimpal kerana mereka memang ikhlas untuk membantu malah mereka bukan professional. Mengenangkan kos sara hidup yang semakin tinggi, lawatan ke rumah secara percuma pasti akan menggugat keinginan, mengurangkan semangat kaunselor untuk melakukan lawatan ke rumah untuk membantu ibu dan bayi yang bermasalah yang mengakibatkan ramai ibu gagal menjayakan penyusuan ibu sepenuhnya. Malahan, ada ibu yang berasa diri mereka gagal menjalankan tanggungjawab menyusukan bayi mereka hingga mengalami kemurungan, bunuh diri dan sebagainya. 

Justeru, BCNP menyediakan perkhidmatan yang boleh menyelesaikan masalah yang dinyatakan di atas agar lebih ramai ibu berjaya menyusukan bayi. Ibubapa tidak perlu ragu memilih BCNP kerana semua kaunselor BCNP adalah terlatih dan sentiasa diberikan latihan dan menyertai seminar untuk menambah pengetahuan, malah atetika kaunselor juga di pantau oleh pakar laktasi daripada kerajaan dan swasta. 

Logo BCNP

Maksudnya : 

3 kepala orang dengan 3 warna : bermaksud dalam BCNP terdapat kepelbagaian bangsa di Malaysia, yang semuanya bergabung sebagai tenaga kerja BCNP and semua kaum akan dibantu. 

Gambar atap rumah : fungsi utama BCNP ialah melakukan kaunseling penyusuan susu ibu melalui lawatan ke rumah. 

Lambang hati : menunjukkan kita semua saling berkasih sayang,  

Gambar glob :  jaringan network seluruh Malaysia dan akan membawa BCNP di kenali di seluruh dunia.