Breastfeeding Counselor Networking Program BCNP

Breastfeeding Counselor Networking Program

Counselor

Counselor

Parents

Mothers

PENGENALAN

  • PENYUSUAN IBU MERUPAKAN MAKANAN YANG TERBAIK KEPADA SEMUA BAYI
  • BERMULA SEJAK MEREKA DILAHIRKAN. KEBAIKAN PENYUSUAN IBU BUKAN SAHAJA MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN FIZIKAL KANAK-KANAK MALAH IA MERANGKUMI KESIHATAN MENTAL DAN SPIRITUAL.
  • JUSTERU, PUSAT RAWATAN PAKAR KANAK - KANAK ADDA MEMPERJUANGKAN PENYUSUAN IBU SEBAGAI SATU HAK YANG MUTLAK BAGI SEMUA BAYI UNTUK MEMASTIKAN MEREKA KEKAL SIHAT DAN MENJADI GENERASI MASA HADAPAN YANG KUAT, CERGAS DAN BERDAYA SAING YANG TINGGI.
  • RAMAI IBU DEWASA INI YANG SUDAH MEMPUNYAI KESEDARAN TENTANG PENTINGNYA PENYUSUAN IBU SEPENUHNYA SEHINGGA 6 BULAN PERTAMA DAN MENERUSKAN PENYUSUAN IBU SEHINGGA 2 TAHUN ATAU LEBIH KEPADA ANAK MEREKA DISAMPING MAKANAN PELENGKAP YANG SEIMBANG.
  • BAGI MEMASTIKAN PARA IBU DAN BAYI DAPAT MENJAYAKAN PENYUSUAN IBU SECARA EKSKLUSIF INI, MAKA SOKONGAN DARIPADA PELBAGAI PIHAK AMAT DIPERLUKAN. IBU DAN BAYI AMAT MEMERLUKAN SOKONGAN AHLI KELUARGA, SAHABAT DAN KAKITANGAN KESIHATAN (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN SWASTA).
  • PIHAK PUSAT RAWATAN PAKAR KANAK - KANAK ADDA SANGAT MEMAHAMI SITUASI IBU YANG MENGALAMI MASALAH UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN INI.

MASALAH YANG BERLAKU DALAM MASYARAKAT YANG MENYEBABKAN PROGRAM BFCN DIJALANKAN OLEH PUSAT RAWATAN PAKAR KANAK-KANAK ADDA

  1. SELALUNYA IBUBAPA YANG KURANG PENGETAHUAN AKAN TERPENGARUH DENGAN PELBAGAI MITOS DALAM MASYARAKAT DAN NASIHAT DARIPADA KAKITANGAN KESIHATAN YANG KURANG MENYOKONG PENYUSUAN IBU DAN AKHIRNYA TIDAK BERJAYA MENYUSUKAN BAYI SEPENUHNYA DENGAN SUSU IBU. SELAIN ITU, ACAPKALI JUGA KES YANG BERLAKU DI MANA INFORMASI TENTANG PENYELESAIAN MASALAH PENYUSUAN IBU DI DAPATI DARIPADA SUMBER YANG TIDAK SAHIH ATAU HANYA BERDASARKAN PENGALAMAN INDIVIDU DARIPAGA KUMPULAN IBU-IBU DI MEDIA SOSIAL. KEGAGALAN INI SELALU BERLAKU PADA PERINGKAT PERMULAAN POSNATAL JIKA TIADA BANTUAN DAN SOKONGAN SEGERA DARIPADA KAUNSELOR LAKTASI.
  2. WALAUPUN PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN SEBAHAGIAN KECIL HOSPITAL SWASTA MEMPUNYAI RAMAI KAUNSELOR BERTAULIAH, MALAH BILANGAN RAKAN PEMBIMBING IBU MENYUSU JUGA SEMAKIN BERTAMBAH, NAMUN MASIH RAMAI IBU TIDAK MENDAPAT BANTUAN SEGERA SEMASA BERPANTANG DI RUMAH. TIDAK RAMAI KAUNSELOR ATAU RAKAN PEMBIMBING IBU MENYUSU (PEER COUNSELOR) YANG SANGGUP MEMBUAT LAWATAN KE RUMAH UNTUK MEMBERI BANTUAN ATAS PELBAGAI ALASAN SEPERTI KEKANGAN MASA DAN KEWANGAN (KOS PERJALANAN DAN WAKTU BERSAMA KELUARGA YANG TERPAKSA DIKORBANKAN). KURANG MOTIVASI DI KALANGAN KAUNSELOR UNTUK MEMBERI BANTUAN SECARA PRAKTIKAL DAN MEMILIH UNTUK MEMBERI BANTUAN MELALUI TALIAN TELEFON ATAU MEDIA SOSIAL SELALUNYA TIDAK MEBUAHKAN KEJAYAAN KEPADA IBU DAN BAYI DALAM PENYUSUAN IBU. SELALUNYA, UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH PENYUSUAN IBU MEMERLUKAN PERTEMUAN FIZIKAL ANTARA KAUNSELOR, IBU DAN BAYI YANG BERMASALAH DAN AHLI KELUARGA TERDEKAT JUGA. KAUNSELOR PERLU MEMERIKSA TEKNIK PEGANGAN, PELEKAPAN, KEADAAN PAYUDARA IBU, DAN KEADAAN BAYI SERTA SUASANA SOKONGAN DALAM RUMAH. TANPA MELAKUKAN PEMERIKSAAN FIZIKAL TERSEBUT DAN KAUNSELING HANYA MELALUI TALIAN TELEFON SEBENARNYA AMAT SUKAR UNTUK KAUNSELOR MENGENALPASTI PUNCA UTAMA MASALAH YANG DIHADAPI. JUSTERU, LAWATAN KE RUMAH OLEH KAUNSELOR AMAT DIPERLUKAN UNTUK MEMBERIKAN PENYELESAIAN YANG LEBIH KOMPREHENSIF.
  3. NAMUN, APABILA LAWATAN KE RUMAH DILAKUKAN, BAYARAN YANG DIBERIKAN KEPADA KAUNSELOR TIDAK SERAGAM DAN KADANGKALA DIPANDANG SERONG OLEH MASYARAKAT SEOLAH-OLAH KAUNSELOR MENCARI REZEKI / BERNIAGA PERKHIDMATAN LAWATAN KE RUMAH DAN BUKAN INGIN MEMBANTU IBU SECARA IKHLAS. STIGMA NEGATIF YANG UJUD INI JUGA MENGURANGKAN MOTIVASI KAUNSELOR UNTUK MEMBUAT LAWATAN KE RUMAH BAGI MEMBANTU IBU YANG MEMPUNYAI MASALAH DALAM PENYUSUAN. PARA KAUNSELOR BERASA RAGU-RAGU UNTUK MEMINTA BAYARAN YANG SETIMPAL KERANA MEREKA MEMANG IKHLAS UNTUK MEMBANTU MALAH MEREKA BUKAN PROFESSIONAL. MENGENANGKAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI, LAWATAN KE RUMAH SECARA PERCUMA PASTI AKAN MENGGUGAT KEINGINAN, MENGURANGKAN SEMANGAT KAUNSELOR UNTUK MELAKUKAN LAWATAN KE RUMAH UNTUK MEMBANTU IBU DAN BAYI YANG BERMASALAH YANG MENGAKIBATKAN RAMAI IBU GAGAL MENJAYAKAN PENYUSUAN IBU SEPENUHNYA. MALAHAN, ADA IBU YANG BERASA DIRI MEREKA GAGAL MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MENYUSUKAN BAYI MEREKA HINGGA MENGALAMI KEMURUNGAN, BUNUH DIRI DAN SEBAGAINYA.

Senarai Kaunselor Penyusuan Jabatan Kesihatan Negeri Johor

PENGENDALIAN PROGRAM BFCN

BERPUSAT DI PUSAT RAWATAN PAKAR KANAK - KANAK ADDA, PROGRAM JARINGAN KAUNSELOR PENYUSUAN IBU (BREASTFEEDING COUNSELOR NETWORKING / BFCN) DIWUJUDKAN DAN DIJALANKAN. SEGALA PROSES PENGURUSAN KES DAN PERMINTAAN, LAWATAN KAUNSELOR BERDEKATAN DENGAN SECEPAT YANG MUNGKIN SEPERTI PETUGAS KHAS MELALUI TALIAN TELEFON 07-3645398 DAN INTERNET / WEBSITE http//www.permatasusuan.com.

SETERUSNYA, BAYARAN KHIDMAT KAUNSELING AKAN DIBUAT KEPADA PIHAK PUSAT RAWATAN PAKAR KANAK – KANAK ADDA DAN SETIAP KAUNSELOR AKAN DIBAYAR KHIDMAT MEREKA PADA SETIAP BULAN TARIKH PEMBERIAN GAJI KEPADA KAKITANGAN. BAYARAN GAJI KEPADA KAUNSELOR, SELAIN DAPAT MENINGKATKAN SEMANGAT KAUNSELOR UNTUK LEBIH AKTIF MEMBANTU IBU, PENGETAHUAN DAN BANTUAN YANG DIBERIKAN AKAN LEBIH DIHARGAI DAN IBU AKAN BERUSAHA MEMPRAKTIKKAN ILMU YANG DIBERIKAN. INI JUGA DAPAT MEMBANTU MENAIKKAN TARAF SOSIOEKONOMI KAUNSELOR YANG MUNGKIN SEORANG SURIRUMAH TANPA GAJI YANG TETAP APABILA MEREKA BEKERJA SEBAGAI PETUGAS PROGRAM BFCN INI. MEREKA BOLEH MELAKUKAN TUGAS MEMBANTU IBU MENGIKUT KESESUAIAN MASA SENDIRI DAN GAJI TERSEBUT DAPAT MENAMBAH SEDIKIT DUIT BELANJA BUAT MEREKA.

SELAIN ITU, PUSAT RAWATAN PAKAR KANAK - KANAK ADDA SENTIASA AKAN MENGADAKAN SEMINAR PENDEK, LATIHAN DAN KURSUS PENDEK DALAM PROGRAM BFCN INI DENGAN TUJUAN UNTUK MENGEMBANGKAN ILMU PENYUSUAN IBU DI KALANGAN KAUNSELOR SUPAYA MEREKA SEMUA MEBERIKAN KHIDMAT YANG TERBAIK KEPADA MASYARAKAT. BANYAK KEBAIKAN YANG AKAN DIPEROLEHI OLEH MASYARAKAT DAN KAUNSELOR SENDIRI MELALUI PROGRAM BFCN INI.

HARAPAN YANG TINGGI KE ATAS PROGRAM INI AKAN DIPERLUASKAN KE DAERAH LAIN DALAM NEGERI JOHOR DAN LEBIH RAMAI IBU BERJAYA MENYUSUKAN BAYI MEREKA SEPENUHNYA DENGAN SUSU IBU.

OBJEKTIF

1. MEMASTIKAN PESAKIT (IBU DAN BAYI) YANG DIRUJUK DARI SELURUH JOHOR MENDAPAT BANTUAN SEGERA DARI KAUNSELOR TERLATIH

2. MENINGKATKAN PERATUSAN PENYUSUAN IBU SEPENUHNYA DI NEGERI JOHOR

3. MENAIKTARAF KHIDMAT KAUNSELOR (LACTATION COUNSELOR & PEER COUNSELOR) SEBAGAI PETUGAS KHAS

4. MEMASTIKAN KEWUJUDAN PERKHIDMATAN KAUNSELOR PENYUSUAN IBU DIKETAHUI OLEH SELURUH MASYARAKAT JOHOR DAN MEREKA BOLEH MENDAPATKAN PERKHIDMATAN SEGERA DAN MENDAPAT INFORMASI YANG TEPAT DAN BETUL TENTANG CARA MENYELESAIKAN MASALAH PENYUSUAN IBU.

5. MEMASTIKAN KAUNSELOR MENDAPAT PENGHARGAAN DENGAN BAYARAN YANG SETIMPAL DENGAN MEMBERIKAN SKIM PENDAPATAN BULANAN HASIL DARIPADA PERKHIDMATAN KAUNSELING

PROGRAM YANG DIJALANKAN

1. MEWUJUDKAN CARTA PEMANTAUAN PERKHIDMATAN DARIPADA ‘LACTATION CONSULTANT’ MEMANTAU ‘LACTATION COUNSELOR’ & ‘BREASTFEEDING PEER COUNSELOR’ DALAM MEMBANTU IBU DAN BAYI YANG BERMASALAH DALAM PENYUSUAN

2. LAWATAN KE RUMAH OLEH “LACTATION COUNSELOR” DAN “PEER COUNSELOR” KEMUDIAN PIHAK PUSAT RAWATAN PAKAR KANAK - KANAK ADDA AKAN MENELEFON IBU YANG BERMASALAH UNTUK MEMASTIKAN MEREKA BERJAYA.

3. KAUNSELING KLINIK PENYUSUAN IBU DI PUSAT RAWATAN PAKAR KANAK - KANAK

4. SEMINAR DAN CERAMAH TENTANG ILMU PENYUSUAN IBU UNTUK MEMANTAPKAN PENGETAHUAN DAN KEUPAYAAN DI KALANGAN KAUNSELOR BAGI MENANGANI PELBAGAI SALAH TANGGAPAN TENTANG SUSU IBU DAN SEBAGAINYA

5. CERAMAH TENTANG PENYUSUAN IBU KEPADA MASYARAKAT

6. SETIAP KAUNSELOR AKAN DIBERIKAN BUKU LOG SEBAGAI REKOD KAUNSELING YANG DIBERIKAN.

PROTOKOL PENGENDALIAN KES

  1. KES IBU & BAYI BERMASALAH PENYUSUAN DIKENALPASTI OLEH
    • KAUNSELOR (BFPC / BFLC)
    • IBU ITU SENDIRI
    • SUAMI / SAHABAT / SAUDARA TERDEKAT
    • KAKITANGAN KESIHATAN (SWASTA / KKM)
  2. RUJUKAN KES DIBUAT OLEH MEREKA YANG DI ATAS :
    • HUBUNGI PUSAT RAWATAN PAKAR KANAK-KANAK ADDA DI TALIAN 07-3645398 (WAKTU KERJA) / HOTLINE (24 JAM) – 013-3545398
    • KAUNSELOR YANG TELAH DIRUJUK MEMASUKKAN NAMA KE DALAM WEBSITE BFCN : http//www.permatasusuan.com
    • PENDAFTARAN NAMA IBU & BAYI DI WEBSITE BFCN (OLEH SESIAPA YANG BUKAN KAUNSELOR YANG MENGENALPASTI KES)
  3. ADMIN BFCN AKAN MEMBERITAHU KAUNSELOR BFCN TENTANG KES YANG DIRUJUK MELALUI WHATSAPP (“ALERT THE COUNSELORS”)
  4. ADMIN BFCN
    • MENETAPKAN KAUNSELOR YANG AKAN MEMBUAT LAWATAN KE RUMAH SELEPAS RUNDINGAN
    • MENGHUBUNGI IBU YANG BERMASALAH UNTUK PENGESAHAN LAWATAN & CARA BAYARAN
  5. LAWATAN KE RUMAH DILAKUKAN OLEH KAUNSELOR UNTUK KAUNSELING
    (TARIKH & MASA TELAH DITETAPKAN)
  6. KES AKAN DI HUBUNGI DALAM MASA SEMINGGU OLEH TEAM BFCN
    (MEMASTIKAN KEADAAN IBU & BAYI)

NOTA PENTING :

  1. ADMIN BFCN AKAN MENGENDALIKAN SEMUA URUSAN PEMBAYARAN GAJI KEPADA SEMUA KAUNSELOR YANG TELAH MENJALANKAN TUGAS (BERGANTUNG JUMLAH KES)
  2. BAYARAN GAJI DIBUAT MELALUI PEMINDAHAN MELALUI : ATM / ONLINE ANTARA 26 – 30 HB SETIAP BULAN.
    • BFPC : BREASTFEEDING PEER COUNSELOR
    • BFLC : BREASTFEEDING LACTATION COUNSELOR


Warning: PHP Startup: Unable to load dynamic library '/usr/local/lib/php/extensions/no-debug-non-zts-20131226/php_openssl.dll' - /usr/local/lib/php/extensions/no-debug-non-zts-20131226/php_openssl.dll: cannot open shared object file: No such file or directory in Unknown on line 0